Klopp gesa Benteke lebih aktif

Klopp gesa Benteke lebih aktif

LONDON, 30 Dis – Jurgen Klopp menggesa Christian Benteke supaya lebih aktif dan banyak terbabit dalam permainan yang diyakininya mampu meningkatkan lagi prestasi penyerang itu.

Penyerang kebangsaan Belgium itu akan menerajui jentera serangan Liverpool pada perlawanan berdepan pasukan bergelut Sunderland, awal pagi ini selepas menyumbat gol kemenangan ketika berdepan Leicester, Sabtu lalu.

Dan dengan kecederaan membelenggu Divock Origi, Danny Ings serta Daniel Sturridge, Benteke berpeluang untuk mengukuhkan lagi posisinya.

Bagaimanapun, Klopp enggan meletak tekanan besar kepada Benteke, yang diikat Liverpool dengan nilai 32.5 juta pound dari Aston Villa Julai lalu.

“Saya tak fikir yang kami perlu mencipta situasi di mana kamu perlu meletak tekanan ke atas pemain kamu,” kata Klopp.

“Dia tahu apa yang boleh dilakukannya dan itu pasti. Bukan mudah untuk dia disenaraikan dan corak permainannya tidak sama seperti Daniel ataupun Divock.

“Dia mempunyai skil yang semula jadi, dia hanya perlu terus mencuba dan membabitkan diri dalam permainan.

“Pada penghujungnya, seorang penyerang harus meledak gol dalam perlawanan tetapi ada juga waktu dalam permainan yang mana kami amat memerlukannya seperti ketika menggunakan corak bertahan. “Dia mempunyai kualiti yang besar dan ia boleh direalisasikan. Dia seorang pemain yang berpotensi.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA