Klopp gesa Liverpool tingkat permainan

Klopp gesa Liverpool tingkat permainan

LONDON, 3 Jan (AFP) – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata pihaknya perlu meningkatkan tahap komitmen mereka jika mahu membuat kemajuan musim ini selepas kekalahan 2-0 ketika mengunjungi West Ham United.

Klopp telah mengenal pasti perlawanan-perlawanan bulan ini adalah penting kepada kempen Liverpool, dengan perlawanan separuh akhir piala Liga menentang Stoke City dan kunjungan saingan Piala FA ke Exeter City dan juga perlawanan yang berpotensi sukar di saingan liga perdana dengan Arsenal dan Manchester United.

Dan dia telah menuntut bagi peningkatan segera selepas melihat pihaknya teruk dikerjakan oleh gol-gol tandukan daripada Michail Antonio dan bekas penyerang Liverpool Andy Carroll di Upton Park semalam.

“Ia bukanlah hari untuk kecewa, ia merupakan hari untuk marah,” kata pengurus warga Jerman itu, yang telah menyaksikan empat kekalahan Liga Perdana sejak mengambil alih pengurusan Liverpool.

“Kami mendapat bola dan pengawal permainan dan tidak bernasib baik dalam beberapa situasi, namun itu bukanlah yang saya ingin lihat secara jujurnya. Anda perlu berada di sana dalam detik-detik penting.

Jurgen Klopp berasa apa yang dipersembahkan oleh kelabnya belum cukup dan boleh dipertingkatkan lagi. – Reuters
Jurgen Klopp berasa apa yang dipersembahkan oleh kelabnya belum cukup dan boleh dipertingkatkan lagi. – Reuters

“Saya tahu mengenai perkara-perkara dalam bola sepak dan hari ini (Sabtu) adalah tanggungjawab kami. Bahasa Inggeris saya tidak cukup baik untuk memproses semua maklumat yang berlaku di keliling saya ketika ini.

“Ia begitu teruk, saya beritahu semua pemain selepas perlawanan. Secara ringkas: ‘Belu cukup.’”

Klopp tidak begitu gembira dengan pihaknya selepas membenarkan kedua-dua jaringan melalui tandukan dan bergelut untuk menangani ancaman daripada udara Carroll sepanjang perlawanan.

“Kami boleh melakukan lebih baik,” katanya.

“Jika anda berlawan pada detik-detik ini, tapi di tahap 100 peratus, 95 peratus belum mencukupi. Siapa ingin melihat 95 peratus? Itulah apa yang kami perlu lakukan.

“Jika anda mengetahui di pasukan lawan terdapat Andy Carroll, kenapa perlu membenarkan hantaran-hantaran lintang? Pertahanan amat teruk daripada pihak saya. Ia mengenai tanggungjawab saya. Saya begitu marah terhadap diri saya hari ini.

“Apabila saya berkata mengenai pertahanan saya tidak mahu menggunakan kata-kata seperti jahat dan jelek. Ia bola sepak, bertahan. Saya ialah pemain pertahanan dan saya menikmatinya.

ARTIKEL YANG SAMA