Klopp gesa Reds bangkit hadapi The Saints

Klopp gesa Reds bangkit hadapi The Saints

SOUTHAMPTON, United Kingdom, 10 Jan – Jurgen Klopp menggesa Liverpool untuk membuat perubahan selepas hambar pada persaingan Piala FA dengan mempamerkan permainan dominan dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Liga menentang Southampton esok.

Klopp menurunkan pemain muda menentang Plymouth dalam pusingan ketiga Piala FA Ahad lalu dan gagal menyerlah ketika pasukan divisyen keempat dengan mudah seri di Anfield.

Liverpool boleh mara dalam Piala FA apabila menghadapi Plymouth dalam perlawanan ulangan tetapi hasrat tertangguh buat masa sekarang ketika Reds mula fokus dengan Wembley.

Selepas tewas kepada Manchester City menerusi sepakan penalti final Piala Liga musim lalu, Liverpool hanya setapak lagi daripada kembali ke Wembley dan Klopp akan menurunkan barisan kuat di St Mary untuk mengembalikan pasukannya dalam laluan.

Sedar dengan dakwaan bahawa dia dan pasukannya bersalah kerana berpuas hati menentang Plymouth, pengurus Liverpool itu berkata: “Persoalan yang saya tanya pagi ini dalam bilik persalinan adalah, “Bolehkah kita melakukan lebih baik?” 100 peratus ya dengan barisan pemain ini.

Klopp meraikan kemenangan bersama pemainnya selepas Reds menewaskan Man City dalam aksi Liga Perdana di Anfiled pada 31 Disember 2016. Klopp menggesa Liverpool untuk bangkit pada persaingan Piala FA dengan permainan dominan untuk pusingan pertama separuh akhir Piala Liga menentang Southampton. – AP
Klopp meraikan kemenangan bersama pemainnya selepas Reds menewaskan Man City dalam aksi Liga Perdana di Anfiled pada 31 Disember 2016. Klopp menggesa Liverpool untuk bangkit pada persaingan Piala FA dengan permainan dominan untuk pusingan pertama separuh akhir Piala Liga menentang Southampton. – AP

“Saya tidak mengharapkan kesempurnaan tetapi memiliki jangkaan tinggi kerana saya melihat mereka setiap hari dalam latihan dan saya yakin kami boleh beraksi dengan baik. Saya tidak bermasalah dengan kritikan tetapi bukan mengenai memandang rendah pasukan lawan.”

Liverpool berharap untuk menambah rekod lapan Piala Liga dengan memenangi perlawanan itu buat kali pertama sejak 2012.

Ia juga kejayaan pertama Klopp yang tiba di Merseyside pada Oktober 2015 selepas kekalahan Liverpool dalam Piala Liga dan final Liga Europa musim lalu.

Tetapi sebelum mereka mula menyediakan ruang dalam kabinet trofi Anfield, Livepool perlu menewaskan Southampton dan kemudian Manchester United atau Hull, yang bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

“Tidak terdapat sebarang tekanan ke atas kami. Itu adalah peluang dan selalu menjadi hari baru,” kata Klopp, yang mengalu-alukan kepulangan pemain utama dari Brazil, Philippe Coutinho selepas kecederaan buku lali. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA