Klopp kecewa aksi longlai dipamerkan Liverpool

Klopp kecewa aksi longlai dipamerkan Liverpool

LONDON, 4 Feb – Pengendali Liverpool, Jurgen Kloop ternyata kecewa dengan prestasi yang dipamerkan pasukannya selepas tewas 0-2 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana England.

Kloop menyifatkan The Reds mempunyai peluang untuk bergelar juara selepas menguasai perlawanan, namun pemainnya dilihat mempamerkan aksi longlai ketika beraksi di gelanggang sendiri, sekali gus berdepan masalah prestasi tidak menentu.

“Memang tidak boleh di sangkal lagi Vardy telah mempamerkan rentak yang bertenaga pada perlawanan tersebut. Saya rasa perancangan kami dalam perlawanan ini adalah terbaik, namun mereka dilihat mensia-siakan peluang yang terhidang.

“Dalam saingan tersebut, kami mengawal perlawanan dengan baik dan bertahan dengan baik. Namun, semua orang boleh melihat mereka tidak beraksi dengan baik pada perlawanan tersebut.

“Kita mempunyai ruang tetapi pemain dilihat tidak melakukan sebarang percubaan. Kita lihat seperti Jamie Vardy melakukan rembatan jarak jauh dengan jarak 27 meter dan berjaya meledak gol. Itulah perlawanan yang sebenar dalam bola sepak,” katanya.

Dalam saingan tersebut, Vardy menyumbat dua gol termasuk satu gol sensasi dari jarak jauh apabila Leicester City membenam Liverpool 2-0 awal pagi semalam, sekali gus mengukuhkan cengkaman mereka di puncak Liga Perdana England.

Liverpool kini mengumpul 31 mata selepas mencatatkan lapan kemenangan, tujuh seri dan tujuh kekalahan sepanjang musim ini. – Agensi