Klopp kecewa permainan Liverpool

Klopp kecewa permainan Liverpool

SWANSEA, United Kingdom, 2 Okt – Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp berkata dia berang dengan persembahan separuh masa pertama pasukannya selepas mereka bangkit dari belakang untuk memenangi 2-1 di Swansea City.

Pengurus dari Jerman itu kehilangan pemain midfield England, Adam Lallana dan pemain pertahanan Serbia, Dejan Lovren kerana kecederaan ketika perlawanan semalam, keduanya tidak beraksi dalam tugasan antarabangsa.

Tetapi ia adalah kehambaran pasukannya yang membimbangkannya, biarpun kemenangan itu menyaksikan Liverpool menghampiri dua mata dari pendahlu Liga Perdana, Manchester City.

“Saya begitu marah,’ Klopp memberitahu wartawan pada sidang akhbar selepas perlawanan. ‘Saya berusia 49 tahun dan saya tewas banyak perlawanan dan malangnya akan tewas lebih banyak lagi, tetapi hari ini tidak masuk akal.

Reaksi Klopp ketika menyaksikan perlawanan di Stadium Liberty, Swansea pada 1 Oktober 2016. – AP
Reaksi Klopp ketika menyaksikan perlawanan di Stadium Liberty, Swansea pada 1 Oktober 2016. – AP

“Ia bukanlah hari apabila kami seharusnya tewas kerana kami telah melakukan lebih baik pada separuh masa pertama.

“Kami semua merasa marah pada separuh masa pertama, tetapi pada diri kami sendiri, jadi saya memberitahu mereka, kita perlu menunjukkan kita adalah lebih baik dan menunjukkan mengapa kita berada di sini.

“Ia seperti kami berada di sini berada dalam perlawanan bola sepak, tetapi saya mahu mereka untuk menunjukkan kita berada di sini kerana kita mahu memenangi perlawanan bola sepak.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA