Klopp kecewa

Klopp kecewa

BERLIN, 19 Feb (AFP) – Kepulangan Jurgen Klopp ke Jerman berakhir dengan kekecewaan selepas pasukan bimbingannya sekadar seri tanpa jaringan menentang Augsburg pada saingan kelompok 32 pasukan terbaik Liga Europa, semalam.

Klopp berkata Liverpool mempunyai peluang cerah untuk memenangi saingan yang dianggap sebagai ‘Liga Juara-Juara Mini’ itu namun barisan serangan skuad The Reds gagal menyinar di selatan Bavaria. Augsburg yang kini hanya satu mata daripada zon penyingkiran Bundesliga nyaris mengecewakan Liverpool, namun rembatan Ji Dong Won pada minit akhir perlawanan sekadar menggegar palang gol.

“Kami memiliki beberapa peluang, tetapi saya tidak boleh cakap bahawa saya gembira dengan keputusan ini,” kata Klopp. “Tidak ada gunanya terlalu memikirkan keputusan ini, terikat 0-0 pada aksi di tempat lawan bukanlah satu keputusan yang teruk tetapi masih ada banyak lagi yang perlu kami perbaiki.

“Kami tidak begitu menekan pergerakan lawan, tidak mendapat rentak permainan dengan barisan pemain tengah gagal beraksi dengan baik.”

Klopp kecewa walaupun Reds mampu seri dengan Augsburg dalam aksi Liga Europa di WWK Arena, kelmarin. – Reuters
Klopp kecewa walaupun Reds mampu seri dengan Augsburg dalam aksi Liga Europa di WWK Arena, kelmarin. – Reuters

Daniel Sturridge yang baru pulih daripada kecederaan turut diturunkan pada aksi terbabit namun dia terlepas peluang terbaik pada minit ke-55 apabila hantaran daripada James Milner gagal disudahkan dengan baik meskipun tidak dikawal di dalam kotak penalti sebelum digantikan Divock Origi pada minit ke-70.

Liverpool juga seharusnya mampu memperoleh gol selepas melancarkan serangan menerusi kombinasi menarik antara Sturridge dan Phillipe Coutinho, namun sekali lagi mereka gagal mengegar jaring pasukan Augsburg.Sementara itu, cubaan jarak jauh Markus Fuelner dan tampanan Caiuby juga gagal menemui sasaran tetapi peluang keemasan buat pasukan tuan rumah hadir di hujung permainan namun rembatan Ji Dong Won sekadar menggegar palang gol keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA