Klopp kembali ke Jerman

Klopp kembali ke Jerman

AUGSBURG, 18 Feb (AFP) – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp kembali buat kali pertama ke Jerman apabila pasukannya menentang Augsburg dalam saingan Liga Europa dengan harapan untuk meraih kemenangan bagi menjulang gelaran bertama bersama The Reds.

Klopp, 48, kembali ke tanah airnya selepas meninggalkan Borussia Dortmund musin lepas sebelum menggantikan Brendan Rodgers sebagai pengendali Liverpool.

“Bagus dapat kembali ke Liverpool, tetapi bukan bermakna saya lari meninggalkan Jerman. Saya merantau untuk bekerja,” kata Klopp selepas memesan makanan untuk skuadnya.

Sekitar 60 orang wartawan dan 20 buah kamera TV memenuhi bilik sidang media di WWK Arena untuk mendapatkan perkembangan terkini daripada Klopp.

“Semasa undian, saya tidak memikirkan untuk bertemu kelab Jerman memandangkan saya baru 4mpat bulan meninggalkan tanah air. Tidak banyak yang berubah selain daripada menjawab soalan dalam Bahasa Jerman,” kata Klopp.

Klopp (kanan) dan Emre Can bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar di WWK Arena Augsburg, kelmarin. – Reuters
Klopp (kanan) dan Emre Can bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar di WWK Arena Augsburg, kelmarin. – Reuters

Klopp percaya pasukannya mampu merangkul Liga Europa, namun menegaskan menamatkan saingan liga di kelompok empat terbaik masih lagi menjadi keutamaannya.

Skuad The Reds itu kini menduduki tangga kelapan liga dengan 38 mata, ketinggalan sembilan mata untuk slot terakhir Liga Juara-Juara namun ia masih boleh dicapai secara matematiknya.

Pasukan Merseyside itu akan berdepan Augsburg pada aksi separuh kelompok 32 pasukan terbaik. Dengan memenangi kejohanan terbabit sekali gus layak beraksi ke Liga Juara Juara, Klopp masih menetapkan fokusnya pada saingan liga.

“Saya berfikir ada beberapa pasukan yang merasakan mereka mampu menjadi juara dan kami adalah salah satu pasukan yang berfikiran sebegitu.

“Kami bukan pasukan yang beranggapan tiada peluang untuk menang. Jika anda lihat Liga Europa sekarang, ia sama seperti Liga Juara-Juara mini kerana banyak pasukan yang baik turut beraksi dalam kejohanan itu.

“Kadang kala anda perlu memilih jalan singkat untuk mencapai cita cita anda. Semestinya Liga Europa adalah jalan paling mudah untuk ke saingan Liga Juara-Juara namun ia pasti bukan mudah tetapi ia menarik. Tanyalah Sevilla.”

ARTIKEL YANG SAMA