Klopp ketepi nostalgia

Klopp ketepi nostalgia

DORTMUND, Jerman, 7 April (AFP) – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata tidak ada ruang untuknya bersikap sentimental apabila bertemu bekas kelabnya, Borussia Dortmund dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir Liga Europa, awal pagi esok.

“Saya mahu menewaskan mereka, biarpun mereka adalah kawan saya di sini. Tidak ada persoalan,” kata pengurus Liverpool yang menamatkan khidmat bersama Dortmund pada Mei lalu selepas tujuh tahun berkhidmat.

Tetapi buat jurulatih berumur 48 tahun itu dia masih gemar berjenaka sejak mengambil alih Liverpool pada Oktober lalu apabila ditanya perasaannya berjalan di stadium Dortmund.

“Ia lebih baik berada di sini berbanding di Korea Utara atau sepertinya,” kata Klopp dalam sidang media pertama buatnya selepas kembali ke Signal Iduna Park. “Mereka bermain musim yang lebih bagus, mereka lebih stabil.

Klopp bersama skuadnya ketika menjalani latihan di Brackel dekat Dortmund semalam. – AFP
Klopp bersama skuadnya ketika menjalani latihan di Brackel dekat Dortmund semalam. – AFP

“Mereka boleh menang untuk mencatat sejarah trebel,” katanya mengenai Dortmund yang lima mata di belakang Bayern Munich dalam liga dan separuh akhir di Piala Jerman. “Tetapi kami hanya bermain di Liga Europa menentang mereka dan kami mahu menang juga.”

Klopp menegaskan dia akan memastikan emosinya dikawal apabila berjalan keluar di Signal Iduna Park: “saya tidak rasa saya seorang yang terlalu beremosi. “Secara teorinya, kita boleh bercakap mengenai bola sepak,” katanya.

Tetapi kepulangan Klopp telah mewujudkan gembar-gembur yang besar di sini, malah para pegawai bandaran muncul dengan sepanduk sekitar Dortmund yang mencuit hati berkenaan pengurus Reds itu. “Jurgen Klopp, di atas padang halaman sendiri adalah tempat terbaik untuk berurusan dengan kekalahan di gelanggang luar.”

Pengganti Klopp, Thomas Tuchel berkata, midfield Dortmund Jerman Ilkay Gundogan bergelut untuk cergas dengan kecederaan kaki yang berterusan. “Kami perlu melihat bagaimana kakinya bertindak balas. Hampir pulih sepenuhnya,” kata jurulatih Dortmund.