Klopp ‘lega’ Reds akhirnya menang

Klopp ‘lega’ Reds akhirnya menang

LIVERPOOL, 29 Okt (AFP) – Pengurus baru Liverpool, Jurgen Klopp mengakui kemenangan pertamanya sebagai pengendali kelab ini tiada beza dengan keputusan tiga seri sebelum ini, namun dia berasa lega dan gembira kerana berjaya keluar daripada zon tanpa jaringan itu.

Klopp merekodkan kemenangan pertama Liverpool dalam saingan Piala Liga pusingan keempat selepas pemain pertahanan Nathaniel Clyne menjaringkan gol tunggal pada minit ke-17 ke atas Bournemouth semalam.

The Reds bakal berdepan dengan Southampton bagi meneruskan aksi suku akhir selepas ini.

“Saya berasa sedikit lebih baik berbanding keputusan seri sebelum ini, tetapi saya tidak fikir perlawanan sebelum ini adalah teruk. Keputusan menang adalah perbezaan yang besar.

“Kami melaksanakan tugas dengan baik hari ini memandangkan pemain-pemain tidak ada masa yang cukup untuk berlatih.

Jurgen Klopp (tengah) berkongsi kegembiraan dengan pemain midfield Liverpool, Lucas Leiva (tiga kanan) dan pemain midfield, Jordon Ibe (dua kanan) berikutan kemenangan skuad bimbingannya di Stadium Anfield di Liverpool. – AFP
Jurgen Klopp (tengah) berkongsi kegembiraan dengan pemain midfield Liverpool, Lucas Leiva (tiga kanan) dan pemain midfield, Jordon Ibe (dua kanan) berikutan kemenangan skuad bimbingannya di Stadium Anfield di Liverpool. – AFP

“Minit demi minit kami semakin baik sehinggalah tempoh 90 minit. Pemain-pemain menunjukkan aksi terbaik dan saya berpuas hati,” jelasnya.

Klopp melakukan sembilan pertukaran sejak mencatat seri ke atas Southampton Ahad lalu.

“Ia tidak penting sejauh mana kehebatan kamu, apa yang penting adalah kekuatan untuk beraksi dalam liga intensif ini.Tidak ada sebarang tekanan buat saya. Apa yang perlu saya buat ialah tunggu,” katanya.

Dalam pada itu Klopp turut memuji pemain-pemain mudanya yang baharu menamatkan latihan di akademi seperti Cameron Brannagan, Joao Teixeira dan Connor Randall.

Malah pujian turut diberi kepada pemain pilihan perlawanan Roberto Firmino.