Klopp: Liverpool tidak perlu ‘serbuk ajaib’

Klopp: Liverpool tidak perlu ‘serbuk ajaib’

LONDON, 20 Okt – Liverpool tahu bagaimana hendak bermain bola sepak dan mereka tidak memerlukan ‘serbuk ajaib’, kata pengurus baharu The Reds, Jurgen Klopp yang tiba di Anfield, 10 hari lalu.

Klopp terkenal kerana menjangkakan kadar kerja yang tinggi daripada pemain dan permintaan beliau tertunai pada Sabtu ketika skuadnya menjadi pasukan pertama melanggar batas Tottenham musim ini.

Sambil tersenyum sinis, jurulatih kelahiran Jerman itu berkata: “Kami tidak perlu menabur serbuk ajaib ke atas pemain dan berkata Sekarang anda boleh bermain bola sepak.’ Mereka tahu bagaimana hendak bermain.”

Penampilan sulungnya yang menyaksikan Liverpool melakar keputusan seri tanpa jaringan di Tottenham, Sabtu lalu boleh dianggap sebagai satu permulaan baik.

Malah, ia juga menjadi penawar buat penyokong The Reds yang menganggap pengurus baharu itu seperti ahli silap mata, David Copperfield atau Sooty (watak animasi Britain).

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp

Dalam perlawanan itu juga, Klopp turut membuktikan kewibawaan dengan mendorong Adam Lallana, seorang pemain yang berbakat besar tetapi gagal menyerlah di Liverpool, untuk ‘berlari demi kehidupannya’.

“Saya tidak pasti berapa banyak perlawanan yang anda lihat Adam Lallana beraksi sebegini? Apa pendapat anda?

“Saya tahu sejak di Southampton, dia sebenarnya boleh memberikan 20 hingga ke 30 peratus lebih daripada biasa.

“Philippe Coutinho? Anda fikir dia boleh bermain bola sepak lebih baik daripada yang dipemerkan? Sudah tentu, dia boleh.

“Lucas? Anda tidak rasa dia boleh membawa bola ke kanan dan ke kiri? Sudah tentu dia mampu berbuat demikian.

“Emre Can? Dia sedang mempelajari teknik berlari dan melakukan hantaran. Dia boleh belajar. James Milner? Pemain bola sepak yang cukup lengkap. Dia memiliki kesempurnaan. Sebuah mesin.

“Semuanya ada… Kami cuma perlu mencipta situasi yang mana ia mungkin boleh dilakukan. Tekanan memang ada tetapi ia tidak besar, para pemain ini berlari untuk kehidupan mereka,” kata Klopp. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA