Klopp naik berang

Klopp naik berang

pg23_160208_c

LONDON, 7 Feb – Pengurus Liverpool, Juergen Klopp (gambar), menafikan laporan media yang penyerangnya, Daniel Sturridge, tidak gembira berada di Anfield dan mahu berpindah pada hujung musim.

Penyerang England itu dihantui masalah kecederaan hingga memaksanya hanya tampil dalam 19 perlawanan pada musim lalu dan enam aksi dalam kempen pada kali ini.

Sturridge bermain hanya dalam 108 minit sejak Klopp mengambil alih daripada Brendan Rodgers pada Oktober lalu dan terlepas dalam keseluruhan 15 perlawanan sejak kekalahan 2-0 kepada Newcastle United pada 6 Disember.

Klopp yang berang dengan laporan itu, memberitahu media yang tiada apa yang diperkatakan mengenai spekulasi masa depan penyerang itu.

“Kenapa perlu saya berfikir demikian? siapa yang mengatakan itu?.

“Saya tidak berminat dalam ‘saranan’. Daniel sudah kembali berlatih dan semuanya berjalan baik. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan,” katanya menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sunderland pada malam ini.

Liverpool dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah Brazil, Alex Teixeira dari Shakhtar Donetsk tetapi dia menandatangani dengan kelab China, Jiangsu Suning dengan yuran perpindahan sebanyak 50 juta euro Teixeira adalah pemain berprofil tinggi terbaharu yang berpindah ke kelab China dan Klopp berkata, kelab EPL yang kaya itu menghadapi masalah ekonomi. – Reuters