Klopp puji semangat penyokong Liverpool

Klopp puji semangat penyokong Liverpool

LIVERPOOL, 27 Nov – Jurgen Klopp memberikan penghormatan kepada penyokong Anfield selepas mereka memberikan Liverpool kemenangan 2-0 ke atas Sunderland.

Pasukan kendalian Klopp terlibat dalam perbalahan semalam ketika gagal untuk menembusi Sunderland pada separuh masa pertama.

Selepas perlawanan dimulakan semula, bos Reds, Klopp meluru ke tepi garisan untuk memberikan semangat kepada penyokong bagi menyanyi lebih kuat dan ia jelas memiliki kesan yang hebat.

Liverpool masih bersabar ketika Sunderland menghalang segala yang dilakukan pasukan Klopp sehingga penyudah dari Divock Origi pada minit ke-75 untuk meletakkan Reds dalam laluan kemenangan yang dilengkapkan menerusi sepakan penalti minit ke-91 dari James Milner.

Kemenangan itu dicemari dengan kecederaan buku lali terhadap pemain tengah dari Brazil, Philippe Coutinho pada separuh masa pertama yang menyaksikannya diusung keluar.

Jurgen Klopp memberikan penghormatan atas sokongan daripada penyokong Liverpool. - AP
Jurgen Klopp memberikan penghormatan atas sokongan daripada penyokong Liverpool. – AP

Namun kerja keras untuk melakarkan kemenangan, Klopp gembira dan memuji persekitaran yang meningkat dan memberikan pasukannya peningkatan apabila mereka memerlukannya.

“Saya tidak rasa saya beraksi menentang pasukan yang lebih defensif,” kata Klopp, yang pasukannya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Chelsea.

“Mereka mengawal ketat Coutinho dan pemain penyerang Victor Anichebe di bahagian kiri pertahanan.

“Kami perlu belajar untuk menangani keadaan seperti ini. Ia adalah sebahagian besar daripada perlawanan.

“Orang ramai adalah bagus pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua ia seperti “kedudukan yang kami nantikan.”

“Persekitaran itu menjadikannya lebih mudah, saya cuba untuk mengingatkan orang ramai dan mereka bertindak lebih bijak.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA