Klopp sedia guna segala sumber

Klopp sedia guna segala sumber

LONDON, 22 Jan (AFP) – Liverpool meneruskan rentak persaingan mereka musim ini di Norwich esok dengan pengurus pasukan Jurgen Klopp sekali lagi bersedia untuk menggunakan segala sumbernya.

Kunjungan The Reds ke Carrow Rod adalah perlawanan ke-35 mereka dalam kempen ini, walaupun Liga Perdana baru melepasi separuh perlawanan.

Liverpool masih berada dalam persaingan Liga Europa, Piala FA dan Selasa depan menghadapi Stoke pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Liga.

Persaingan itu melanjutkan persaingan sepenuhnya skuad Klopp, yang diharapkannya untuk mengukuhkan kedudukan dengan mendapatkan penyerang dari Brazil, Alex Teixeira dari Shakhtar Donetsk.

Klopp menurunkan skuad yang terdiri daripada beberapa pemain bawah 21 tahun Liverpool bagi kemenangan pusingan ketiga Piala FA 3-0 ke atas Exeter dalam perlawanan timbal balik Rabu lalu.

Juergen Klopp berjabat tangan bersama pemain Exeter, Tom Nicholls dan Christian Ribeiro pada akhir perlawanan perlawanan pertama pusingan ketiga Piala FA di Anfield, 20 Januari lalu. – Reuters
Juergen Klopp berjabat tangan bersama pemain Exeter, Tom Nicholls dan Christian Ribeiro pada akhir perlawanan perlawanan pertama pusingan ketiga Piala FA di Anfield, 20 Januari lalu. – Reuters

Tetapi ketika pemain-pemain tersebut mengagumkan, termasuk pemain sayap Sheyi Ojo, 18, yang menjadi penjaring termuda Piala FA dalam sejarah Liverpool, mereka akan kembali ke bangku simpanan memandangkan Klopp mengekalkan pemain senior bagi tugasan liga.

“Kami akan bertugas bersama mereka,” kata Klopp. “Kami tidak dapat membawa kesemua mereka dalam Liga Perdana setiap minggu.

“Kami perlu mengekalkan mereka di sini dan bertugas bersama mereka. Bola sepak bukan hanya perkembangan individu, anda perlu menunjukkan anda boleh berkembang sebagai sebuah pasukan.”

Penjaga gol The Reds, Simon Mignolet, yang baru-baru ini menandatangani kontrak lima tahun di Anfield, beraksi menentang Exeter sebagai salah seorang daripada lima pemain senior dalam barisan itu.

ARTIKEL YANG SAMA