Klopp sifatkan pemain terlalu gemuruh

Klopp sifatkan pemain terlalu gemuruh

BASEL, Switzerland, 19 Mei (AFP) – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata beliau akan memberikan ‘semua yang saya ada’ untuk mencapai kemenangan pada satu lagi perlawanan akhir berikutan kekalahan 3-1 kepada Sevilla dalam perlawanan akhir Liga Europa pada Rabu.

Beliau mengakui pasukannya menjadi terlalu gemuruh selepas tumbang 3-1 kepada Sevilla di pentas final Liga Europa, awal pagi tadi.

Daniel Sturridge meledak gol menarik meletakkan kelab Inggeris itu mendahului pada separuh masa pertama namun Sevilla menyamakan kedudukan, seminit selepas babak kedua bermula.

Ia diikuti jaringan kedua pada minit ke-64 sebelum gol ketiga diledakkan enam minit kemudian untuk Sevilla mengekalkan trofi kejuaraan Eropah itu buat kali ketiga berturut-turut.

“Kami memperoleh peluang kami, 1-0 pada separuh masa pertama kebiasaannya adalah baik,” kata Klopp.

Klopp mengakui pasukannya menjadi terlalu gemuruh selepas tumbang 3-1 kepada Sevilla di pentas final Liga Europa, awal pagi tadi. – AFP
Klopp mengakui pasukannya menjadi terlalu gemuruh selepas tumbang 3-1 kepada Sevilla di pentas final Liga Europa, awal pagi tadi. – AFP

“Gol pertama mereka bukan masalah sebenarnya namun kami hilang kepercayaan kami dengan gaya permainan kami.

“Tidak bertahan dengan baik. Gemuruh.” Kekalahan bermakna Liverpool tidak akan beraksi di pentas Eropah, musim depan selepas menamatkan saingan di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris. “Kami perlu menggunakan pengalaman ini secepat yang mungkin. Namun bagi malam ini, ia mengecewakan,” kata Klopp.

“Pemain-pemain saya perlu percaya. Namun kami juga masih terkejut. Gol-gol mereka adalah terlalu mudah. Kami hilang kepercayaan pada babak kedua dan ia tidak cukup ketika final.”

Klopp yang mengambil alih tugas mengurus Liverpool, tahun lalu mengakui dia patut berkongsi tanggungjawab atas kekalahan itu.

“Malam ini kami tidak mencapai tahap kami, tugas saya adalah untuk membantu pemain dan melihat peluang kami dan bukannya merasa terlalu tertekan.

“Saya berjanji semua orang kita akan memanfaatkannya dan kembali untuk bangkit. Ia adalah 50-60% daripada kualiti biasa kami dan kami perlu menerima hakikat bahawa kami akan datang kembali,” kata Klopp selepas perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA