Klopp tertekan lawan kelab lama

Klopp tertekan lawan kelab lama

BERLIN, 6 April – Jurgen Klopp mengakui dia bakal berdepan kesukaran untuk menahan perasaannya apabila Liverpool menentang Borussia Dortmund di tempat lawan pada awal pagi Jumaat, dalam pusingan pertama pusingan suku akhir Liga Europa.

Pengurus The Reds itu menikmati tujuh tahun yang cemerlang di Signal Iduna Park dan bakal menerima sambutan di Dortmund menjelang perlawanan timbal balik di Anfield pada 17 April.

Pengemudi berumur 48 tahun itu membawa Dortmund memenangi gelaran Bundesliga pada 2011, liga dan piala berganda pada 2012 dan final Liga Juara-Juara 2013 sebelum mengakhiri tempoh bersama kelab itu pada musim lalu.

Tetapi mengakui memasuki stadium Dortmund semula, kali ini adalah mencabar buatnya sebagai jurulatih pasukan pelawat.

“Untuk menyesuaikan diri nanti akan menjadi sangat sukar,” akui Klopp yang mengenali majoriti pegawai stadium di Signal Iduna Park – “termasuklah penjaga kawasan tempat letak kereta.”

Klopp mengakui tertekan apabila Liverpool menentang kelab lamanya Dortmund, Jumaat ini. - Reuters
Klopp mengakui tertekan apabila Liverpool menentang kelab lamanya Dortmund, Jumaat ini. – Reuters

Klopp berkata berjalan kembali di stadium itu adalah seperti kembali ke rumah. “Saya tidak perlukan sambutan di stadium, saya tahu di mana kedudukan saya terhadap sesama sendiri,” katanya.

Kapten Dortmund, Mats Hummels merumuskan hubungan Klopp dengan Borussia: “Sejarah yang kami kongsi adalah terlalu banyak untuk memberi kesan dalam satu perlawanan.”

Dortmund mudah membenam Tottenham Hotspur 5-1 secara agregat pada pusingan lepas, dan ketua eksekutif kelab Hans-Joachim Watzke berkata, persahabatannya dengan Klopp akan diketepikan sehingga wisel penamat.

“Kami akan menjadi lawan yang jelas Khamis ini. Tidak ada keperluan untuk menunjuk-nunjuk dalam persahabatan,” Watzke memberitahu penyiar ZDF Jerman.

“Kebimbangan saya adalah dia akan membawa peminat menyebelahinya dan mewujudkan suasana seperti anda dalam persahabatan.”

Tidak seperti Liverpool, yang mana harapan Liga Juara-Juara mereka bergantung kepada mahkota Liga Europa, Dortmund mengesahkan kepulangan ke persada Eropah musim depan dengan kemenangan 3-2 ke atas Werder Bremen dalam Bundesliga, Sabtu lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA