Klopp teruja Reds ikat Arsenal

Klopp teruja Reds ikat Arsenal

LIVERPOOL, 14 Jan (Agensi) – Reaksi spontan pengurus Liverpool, Juergen Klopp di tepi garisan padang ketika pertembungan Liga Perdana menentang Arsenal, awal pagi tadi menunjukkan sejauh mana rasa puasnya pengendali The Reds itu.

Sejurus skuad bimbingannya meledakkan gol penyamaan 3-3 pada minit ke-90 perlawanan menerusi Joe Allen, Klopp meraikannya dengan cara agak ‘liar’ apabila berlari-lari sebelum menepuk dadanya.

“Orang akan bercakap mengenai perlawanan ini,” kata Klopp. “Ia tidak mudah untuk dilupakan.”

Pengurus kelahiran Jerman itu jelas gembira dengan persembahan dipamerkan Firmino yang meledak dua gol awal Liverpool, sekalipun ia kali pertama diledakkan pemain Brazil itu.

“Saya boleh bercakap mengenai perkara ini selama sejam setengah. Dia tidak tahu betapa bagus dirinya. Jika kamu bagus, kamu perlu menunjukkannya.

Klopp meraikan jaringan Allen di tepi garisan padang untuk gol penyamaan menentang Arsenal di Anfield, semalam. – Reuters
Klopp meraikan jaringan Allen di tepi garisan padang untuk gol penyamaan menentang Arsenal di Anfield, semalam. – Reuters

“Semua mereka amat bagus, jaringan yang sempurna, gol pertama amat bagus. Yang kedua amat mengagumkan, bijak. Dia memperoleh perlawanan yang amat baik, namun bukan hanya dia seorang.”

Liverpool di depan seawal minit ke-10 namun Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Aaron Ramsey empat minit kemudian.

Empat minit kemudian, Liverpool sekali lagi di depan menerusi jaringan kedua Firmino, namun kembali disamakan Arsenal menerusi Olivier Giroud pada minit ke-25 sebelum penyerang Perancis itu meledak gol kedua pada minit ke-55.

Di sebalik kemenangan, Klopp tidak mahu menyembunyikan kelemahan pasukannya. “Ia gol-gol yang menarik,” kata Klopp. “Begitupun selepas wisel penamat, kamu tidak boleh menafikan ada masalah,” katanya.

Liverpool ketika ini menghuni tangga kesembilan liga namun, hanya ketinggalan lima mata dari kedudukan kelayakan Liga Juara-Juara.