Klopp tidak rancang buat perubahan besar

Klopp tidak rancang buat perubahan besar

LONDON, 29 Nov – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata dia tidak mempunyai perancangan untuk melakukan perubahan besar terhadap kesebelasan utama skuad itu menjelang pertembungan suku

akhir Piala Liga menentang Leeds United, awal pagi esok.

Anak buah Klopp ketika ini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris dan pada pusingan terakhir, pengendali dari Jerman itu membuat 11 pertukaran untuk melakar kemenangan ke atas Tottenham Hotspur.

Liverpool akan turun tanpa kelibat perancang utama Brazil, Philippe Coutinho yang mengalami kecederaan betis ketika menentang Sunderland, Sabtu lalu manakala Adam Lallana masih belum pulih daripada kecederaan pangkal paha.

Daniel Sturridge pula masih belum menjalani latihan penuh bersama pasukan itu susulan kecederaan betis dialaminya manakala penyerang Danny Ings terlepas baki musim ini kerana kecederaan lutut.

Klopp tidak berhasrat untuk melakukan perubahan besar terhadap skuadnya pada perlawanan menentang Leeds United dalam saingan Piala Liga. – AP
Klopp tidak berhasrat untuk melakukan perubahan besar terhadap skuadnya pada perlawanan menentang Leeds United dalam saingan Piala Liga. – AP

Satu-satunya pertukaran yang akan dibuat Klopp adalah Simon Mignolet akan menggantikan penjaga gol nombor satu Loris Karius.

Ditanya berapa lama diperlukan Coutinho untuk kembali pulih, Klopp berkata: “Apa yang terbaik adalah dia tidak terlepas baki saingan musim ini.

“Kami perlu menunggu laporan perubatan dan keputusan ujian imbasan. Selepas itu baru kita akan tahu mengenai tahap kecederaan dialaminya,” kata Klopp. – AFP