Klopp yakin Reds bakal temui sentuhan

Klopp yakin Reds bakal temui sentuhan

LONDON, 5 Mei (AFP) – Pengurus Liverpool Juergen Klopp (gambar) berjanji pasukannya akan menemui semula sentuhan tepat pada masanya bagi separuh akhir kedua Liga Europa melayani kunjungan kelab Sepanyol Villarreal, awal pagi esok.

Selepas kalah 0-1 pada aksi pertama, pasukan berwajah baharu Klopp tewas 1-3 di tangan Swansea City Ahad lalu dan menghadapi perlawanan terbesarnya dalam tempoh tujuh bulan di Anfield selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Termasuk seri 2-2 dengan Newcastle, Liverpool kini tidak menang dalam tiga perlawanan bagi semua pertandingan namun Klopp yakin mereka akan menemui semula sentuhan sebenar.

FBL-EUR-C3-VILLARREAL-LIVERPOOL

“Kami bermain seperti itu dan saya menyaksikannya sepanjang 90 minit. Secara jujur, tiada apa yang menarik. Kami perlu memikirkan mengenainya dan kami perlu bangkit, sesuatu yang amat penting dan kami akan bermain dengan lebih bagus berbanding Ahad lalu. Kami perlu menerima keputusan itu, bekerja keras dan pastinya tampil lebih baik Khamis ini (awal pagi esok).”

Sebelum ini, Klopp memberi amaran kepada Villarreal bahawa sambutan selepas kemenangan lewat pasukan itu minggu lalu adalah kurang matang.

Pengurus Liverpool itu menunjukkan tingkah laku jarang disaksikan di Sepanyol minggu lalu, ketika dia mengatakan lawan mereka dalam Liga Europa itu berlebihan meraikan kemenangan mereka.

Klopp berazam untuk membalas dan dia percaya Villarreal mungkin akan menyesal selepas menilai keputusan itu apabila mereka akan merasai suasana Anfield yang sudah memusnahkan Borussia Dortmund awal pagi esok.

ARTIKEL YANG SAMA