Klose tiada pengganti

Klose tiada pengganti

MILAN, 2 Ogos – Pemain penyerang Lazio Ciro Immobile mengakui dia bergelut untuk menggantikan tempat bekas penyerang Biancocelesti, Miroslav Klose.

Immobile, yang menjadi penjaring terbanyak Serie A pada 2013-14, menyertai Lazio dengan bayaran 8 juta euro (AS$8.9 juta) dari Sevilla dalam satu persetujuan yang diharapkannya akan membantu melancarkan semula kerjayanya selepas turun-naik di Jerman dan Sepanyol.

Klose menjaringkan gol ke-64 dan terakhirnya bagi Lazio dalam kekalahan 4-2 kepada Fiorentina pada hari terakhir musim ini.

Tetapi Immobile, 26, gagal dalam percubaan sebelumnya untuk mengisikan tempat Robert Lewandowski dan Carlos Bacca di Borussia Dortmund dan Sevilla.

“Ia satu tanggungjawab besar,” kata Immobile semasa diperkenalkan secara rasmi semalam. “Saya berharap untuk melakukan lebih baik berbanding apabila mereka memberitahu saya perkara sama merujuk kepada Lewandowski dan Bacca.

Klose meninggalkan kesan yang mendalam dalam skuad AS Roma. – AFP
Klose meninggalkan kesan yang mendalam dalam skuad AS Roma. – AFP

Klose meninggalkan kesannya di sini. Dia seorang pemain yang hebat. Saya berharap melakukan lebih baik kepada kelab yang penting seperti itu.”

Biarpun menjaringkan empat gol bagi Borussia Dortmund dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara, Immobile gagal untuk kekal di kelab Bundesliga itu dan menyertai Sevilla bagi persetujuan pinjaman semusim pada Julai 2015.

Sevilla mendapatkan hak Immobile November lalu, yang menyaksikan pasukan La Liga meminjamkannya kepada bekas kelab, Torino pada Januari sehingga akhir musim lalu. – AFP