Kluster 2A juara bola sepak sempena hari guru

Kluster 2A juara bola sepak sempena hari guru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Pasukan Kluster 2A tampil juara dalam perlawanan akhir kejohanan bola sepak tujuh sepasukan ‘Terima kasih cikgu’ kali ke-5 sempena sambutan hari guru ke-26 dengan menewaskan Pasukan Kluster 5A melalui penentuan penalti.

Pasukan Kluster 5A tampil gagah pada babak pertama apabila mendahului jaringan 1-0 sebelum kedudukan disamakan oleh pemain Kluster 2A pada babak kedua dan memaksa perlawanan ditentukan melalui masa tambahan. Setelah tamat dua set masa tambahan di Padang Sekolah Rendah Datu Mahawangsa, Lambak, perlawanan berpihak kepada Pasukan Kluster 2A yang melengkapkan empat jaringan berbanding tiga jaringan oleh Kluster 5A.

Sementara pada perlawanan terdahulu, Pasukan Jabatan Pengajian Islam (JPI) tampil dengan kemenangan bergaya ke atas Pasukan Pentadbiran dan Perjawatan di dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat dengan jaringan 4-0.

Timbalan Menteri Pendidikan ketika menyampaikan piala kepada pemenang.
Timbalan Menteri Pendidikan ketika menyampaikan piala kepada pemenang.
Timbalan Menteri Pendidikan bergambar ramai bersama peserta dan pihak penganjur.
Timbalan Menteri Pendidikan bergambar ramai bersama peserta dan pihak penganjur.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan perlawanan akhir dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom Bin Pengiran Haji Bahar.

Pemain terbaik kejohanan dimenangi oleh Muhammad ‘Azim bin DP Haji Murni, manakala penjaring terbanyak kejohanan pula disandang oleh Haji Adee Suhardee bin Haji Muhidin.

ARTIKEL YANG SAMA