KMCC meriahkan Lebaran

KMCC meriahkan Lebaran

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Pusat Kebudayaan Muslim Kerala (KMCC) tidak ketinggalan memeriahkan lebaran ini dengan rumah terbuka pada hari raya kedua baru-baru ini yang berlangsung di Dewan Sekolah St. Andrew di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Nagma Mohamed Mallick yang turut berucap dan memuji cara masyarakat ekspatriat India di sini bersatu meraikan Aidilfitri dengan penuh tradisi.

Manakala Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur, Dr. Shaheen Habeebullah pula dalam ucapan alu-aluannya melahirkan penghargaan kepada kerajaan Baginda Sultan dan rakyatnya atas keamanan yang dikecap di sini. Beliau turut menyeru tetamu untuk sama-sama mendoakan masyarakat Islam yang sengsara di negara-negara lain di dunia ini.

Rumah terbuka itu dimeriahkan dengan nyanyian berunsurkan keislaman oleh kumpulan kanak-kanak diikuti sketsa ajaran nabi-nabi yang menjadi teladan manusia.

Seramai 250 orang ahli KMCC hadir pada majlis terbuka itu yang turut menyaksikan penganugerahan kepada Thufail Sakeer Hussain atas pencapaian beliau berjaya menghafaz Al-Quran.

Nagma Mohamed Mallick menyampaikan sijil kepada Thufail Sakeer Hussain atas pencapaian beliau berjaya menghafaz Al-Quran.
Nagma Mohamed Mallick menyampaikan sijil kepada Thufail Sakeer Hussain atas pencapaian beliau berjaya menghafaz Al-Quran.
Antara persembahan yang diadakan.
Antara persembahan yang diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA