KMCC sambut Lebaran

KMCC sambut Lebaran

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira bangsa bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan.

Pusat Budaya Islam Brunei Kerala (KMCC) juga tidak terkecuali meraikan sambutan hari lebaran dengan memuatkan aktiviti keagamaan dan kebudayaan, yang diadakan di Dewan Sekolah St Andrew.

Sambutan Hari Raya itu mengetengahkan persembahan nyanyian tradisi Kerala seperti Oppana dan Daffmuttu.

Ia merupakan kali keempat diadakan anjuran KMCC sempena Hari Raya yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Kerala di negara ini.

Tetamu yang terdiri daripada masyarakat Kerala (wilayah selatan India) dan juga pegawai diplomatik dari Kedutaan Arab Saudi ke negara ini turut disajikan dengan pelbagai hidangan dari Kerala.

Kalangan tetamu yang hadir ke majlis Sambutan Hari Raya KMCC di Dewan Sekolah St Andrew, kelmarin.
Kalangan tetamu yang hadir ke majlis Sambutan Hari Raya KMCC di Dewan Sekolah St Andrew, kelmarin.
Majlis sambutan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian tradisi.
Majlis sambutan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian tradisi.

p07-3_20150721