KMT pilih calon mesra China

KMT pilih calon mesra China

TAIPEI, 27 Mac (AFP) – Parti pembangkang Taiwan, Kuomintang (KMT) semalam memilih pemimpin mesra China ketika ia bergelut untuk meraih sokongan awam selepas kekalahan besar dalam pilihan raya kebangsaan.

Bekas parti memerintah, KMT kalah jawatan presiden kepada Tsai Ing-wen dari Parti Progresif Demokratik (DPP) yang skeptikal dengan China dalam Januari dan juga menguasai parlimen buat kali pertama dalam sejarah pulau itu di tengah-tengah ketidaksenangan awam terhadap hubungan rapat dengan China.

Meskipun disingkirkan sebagai calon presiden KMT Oktober lalu kerana pandangan konservatifnya, Hung Hsiu-chu dipilih semula semalam untuk memimpin parti bergoncang itu,

Hung – yang pendiriannya lebih ke arah pro-penyatuan dengan China dan juga pemimpin wanita pertama parti – berikrar untuk menghidupkan semula parti yang juga dibelenggu dengan permusuhan dalaman.

Hung Hsiu-chu melambai ketika memenangi pemilihan pengerusi parti Kuomintang di Taipei semalam. – AFP
Hung Hsiu-chu melambai ketika memenangi pemilihan pengerusi parti Kuomintang di Taipei semalam. – AFP

“Sudah tentu saya tahu jalan di hadapan sangat panjang, dengan semua bentuk risiko, kesukaran dan permasalahan, namun saya pastinya percaya bahawa saya boleh memenuhi janji dengan sokongan dan perpaduan semua,” katanya selepas memenangi pengundian.

Hung mendapat 56 peratus undi, menewaskan tiga lagi calon lain termasuklah pemangku pengerusi wanita Huang Min-hui dan canselor Taipei City, Lee Hsin.

Presiden China Xi Jinping menghantar perutusan tahniah kepada Hung yang mana beliau juga memberi amaran terhadap mana-mana gerakan pro-kemerdekaan ketika Tsai dijangka mengambil alih kuasa dalam Mei.