Knicks menang...

Knicks menang, ketepikan isu dalaman

NEW YORK, 13 Feb – Minggu sukar pasukan The New York Knicks berakhir dengan kejayaan semalam ketika Carmelo Anthony dan rakan sepasukan mengejutkan San Antonio Spurs 94-90 dalam perlawanan yang diadakan di Madison Square Garden.

Kemenangan ke atas pasukan kedua terbaik dalam NBA itu adalah perubahan yang diperlukan dalam menukar nasib bagi pasukan Knicks, yang tersingkir dari perlawanan playoff Eastern Conference di tengah–tengah ketegangan di antara Anthony dan presiden kelab, Phil Jackson.

Permusuhan di antara pemilik kelab, James Dolan dan bekas pemain Knick yang popular, Charles Oakley juga meningkatkan dalam keadaan yang teruk pada Rabu lalu.

Anthony berkata dia melakukan yang terbaik untuk tidak menghiraukan keriuhan itu.

“Saya berada di luar sini untuk beraksi bola keranjang, cuba untuk menikmati perlawanan bola keranjang,” katanya.

Pemain New York Knicks, Kristaps Porzingis (6) menampan percubaan yang dibuat oleh Kawhi Leonard (2) ketika suku keempat aksi NBA antara New York Knicks dan San Antonio Spurs. – AFP
Pemain New York Knicks, Kristaps Porzingis (6) menampan percubaan yang dibuat oleh Kawhi Leonard (2) ketika suku keempat aksi NBA antara New York Knicks dan San Antonio Spurs. – AFP

“Apa pun berlaku diluar gelanggang bola keranjang tidak membabitkan saya.”

Sebaliknya, Anthony berkata, dia dan rakan sepasukannya memberikan tumpuan untuk mempamerkan permainan konsisten yang di mana mereka mengalami kesukaran sepanjang suku keempat musim ini.

Anthony menjaringkan 25 mata dan mencatatkan tujuh ‘rebound’, Derricks Rose menambah 18 dan Kristaps Porzingis menyumbang 16 mata dengan tujuh ‘rebound’ dan empat tampanan jaringan bagi membantu Knicks menamatkan rentetan kekalahan dalam empat perlawanan.

Beberapa hari selepas Dolan mengharamkan Oakley dari Madison Square Garden, di mana pilihan peminat itu ditahan pada Rabu lalu kerana menentang anggota keselamatan yang cuba untuk mengusirnya dari arena itu, sokongan bagi Oakley adalah bukti kuat di kalangan peminat, termasuk pembikin filem, Spike Lee yang duduk ditepi gelanggang dengan mengenakan jersi Oakley.

Doland semalam duduk di sebelah Latrell Sprewell, seorang lagi bekas pemain Knick yang juga musuhnya.

Sprewell menggelarkan insiden Oakley itu ‘mengecewakan’ dalam temu bual TV di gelanggang, yang berkata sudah tiba masanya untuk ‘menjernihkan’ keadaan dan ‘melupakannya’. – AFP