Ko akan pertahankan gelaran Terbuka Australia

Ko akan pertahankan gelaran Terbuka Australia

SYDNEY, 11 Dis (AFP) – Pemain golf remaja nombor satu dunia Lydia Ko berkata hari ini dia akan mempertahankan gelaran Terbuka Australianya menentang tentangan hebat tahun depan, termasuk pemain harapan tempatan Karrie Webb.

Ko hanya berusia 17 tahun apabila dia menjadi pemain termuda untuk memenangi gelaran di Melbourne Februari lepas, kemenangan kejohanan pertamanya selepas mengungguli rangking dunia.

Pemain warga New Zealand itu, sekarang 18 tahun, berkata dia bersemangat untuk mengambil bahagian dalam acara bernilai AS$1.3 juta itu, yang diiktiraf bersama USLPGA, yang berpindah ke tempat baru di Kelab Golf Adelaide Grange Februari depan.

“(Terbuka Australia) sangat membantu untuk berada di depan buat saya pada 2015 dan saya amat teruja untuk menjadi juara bertahan kejohanan itu,” kata Ko.

Kredibiliti Lydia Ko akan diuji apabila dia mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia tahun depan. – Reuters
Kredibiliti Lydia Ko akan diuji apabila dia mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia tahun depan. – Reuters

“Ia selalu seronok buat kami di depan peminat-peminat kami di Australia dan kami sudah mendengarkan perkara-perkara baik mengenai Grange.”

Bekas pemain nombor satu dunia Webb, yang pernah memenangi kejohanan itu lima kali, berkata dia amat senang kejohanan itu kembali semula ke Australia Selatan buat pertama kali dalam 21 tahun.

“Ia amat hebat buat kejohanan ini untuk kembali ke Australia Selatan dan saya tidak dapat fikir cara yang lebih baik untuk memulakan tahun yang besar dengan menyertai kejohanan pada petang Ahad di Adelaide,” katanya.

Sementara padang golf itu belum lagi disiapkan, para penganjur berkata bintang baru Minjee Lee, 19, dari Perth, akan menambah minat orang tempatan kepada acara itu.