Ko, Jang bersaing di Terbuka Australia

Ko, Jang bersaing di Terbuka Australia

SYDNEY, 18 Feb (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Lydia Ko turun mempertahankan kejuaraan pertama daripada lima gelarannya dalam Jelajah PGA di Terbuka Australia minggu ini.

Pemain remaja yang berasal dari New Zealand yang berusia 17 tahun itu, tahun lalu, menyertai kejohanan selepas memenangi Terbuka New Zealand minggu lalu.

Permainan cemerlangnya sekali lagi ditampilkan di acara negara kelahirannya tetapi sebaik menjulang trofi, Ko gagal menahan sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya di New Zealand.

Bagaimanapun perasaan itu akan dilupakan seketika esok apabila dia memulakan saingan yang turut membariskan pesaing utama dari Korea Selatan, Jang Ha-Na yang turut berada pada prestasi terbaik selepas menjuarai gelaran LPGA pertamanya di Kejuaraan Coates, Miami bulan ini.

“Saya harap semuanya bergerak ke arah lebih baik,” kata Ko berkenaan sasarannya tahun ini, sambil mengatakan yang dia tidak menjangka kejayaannya hadir lebih awal daripada jangkaan. “Ia sangat menarik. Saya hanya perlu berseronok di luar sana.”

Lydia Ko (kiri) bakal bersaing dengan Jang Ha-Na dalam jelajah PGA di Terbuka Australia. – Reuters
Lydia Ko (kiri) bakal bersaing dengan Jang Ha-Na dalam jelajah PGA di Terbuka Australia. – Reuters

Ko terikat di tempat ketiga dalam saingan di Miami-kejohanan LPGA pertamanya tahun ini selepas dia memilih untuk tidak menyertai acara pembukaan musim di Bahamas Classic.

Ko menang di Australia tahun lalu dengan kelebihan dua pukulan selepas mengatasi cabaran dari pemain Korea Selatan, Amy Yang sehingga ke lubang terakhir.

Dalam musim ketiganya bersama Jelajah LPGA, Ko sudah mencatat rekod baharu dengan 11 kemenangan, muncul pemain termuda dalam sejarah merangkul 10 gelaran termasuk kejuaraan major di Kejuaraan Evian tahun lalu.

Sementara itu Jang yang meraikan kejayaannya di Miami dengan menghayun putter seperti pedang samurai, mensasarkan kemenangan kedua berturut-turut dengan menjuarai Terbuka Australia.

ARTIKEL YANG SAMA