Ko mampu jadi ‘Tiger Woods golf wanita’

Ko mampu jadi ‘Tiger Woods golf wanita’

WELLINGTON, 15 Sept (Reuters) – Lydia Ko mampu menjadi Tiger Woods golf wanita jika dia menetapkan matlamat lebih tinggi, menurut rakan senegaranya dan bekas pemenang utama, Michael Campbell.

Kemenangan Ko pada Kejohanan Evian Ahad lalu menjadikan dirinya wanita termuda memenangi kejohanan besar dan warga New Zealand ketiga selepas pemain-pemain lelaki Bob Charles dan Campbell.

Tiger Woods dari Amerika telah memenangi 14 kejohanan utama dalam tempoh 12 tahun dari tahun 1997 dan Campbell berkata Ko seharusnya bermatlamat ke arah dominan serupa dalam perlawanan wanita.

“Dia malah perlu memecahkan lebih banyak rekod, menetapkan matlamatnya lebih tinggi lagi,” Campbell, pemenang Terbuka AS 2005, memberitahu Radio Sport, New Zealand.

“Saya berpendapat perkara paling penting bagi dirinya ialah menetapkan semula matlamatnya sekarang. Dia boleh menjadi pemain gol pertama memenangi kesemua lima perlawanan utama, menjadi orang pertama memenangi grand slam.

Lydia Ko mengucup trofi selepas memenangi Kejohanan Evian pada 13 September di bandar Evian-les-Bains di pergunungan Alps Perancis. – AFP
Lydia Ko mengucup trofi selepas memenangi Kejohanan Evian pada 13 September di bandar Evian-les-Bains di pergunungan Alps Perancis. – AFP

“Tiga belas kemenangan pada jelajah LPGA dalam tempoh dua tahun, itu tidak masuk akal. Ini seperti Tiger Woods.

“Tiger Woods mendominasi golf selama 10 tahun dan saya boleh lihat Lydia melakukan betul-betul perkara sama.”

Satu lagi perlawanan besar akan menjadikan Ko, pemain paling berjaya bagi negaranya, sementara dia akan memerlukan 14 lagi untuk menyamai pemenang utama paling prolifik dalam golf wanita, Patty Berg dari Amerika.

Enam pukulan kemenangan Ko pada Evian-Les-Bains di Perancis memastikan dia akan menduduki ranking nombor satu dunia, sementara menerima rangsangan keyakinan selepas beberapa prestasi mengecewakan pada perlawanan besar. “Dia adalah duta hebat bagi golf dan New Zealand,” tambah Campbell.

ARTIKEL YANG SAMA