Ko terbaik Terbuka Wanita Pasifik Kanada

Ko terbaik Terbuka Wanita Pasifik Kanada

VANCOUVER, 24 Ogos (Reuters) – Pemain nombor dua dunia, Lydia Ko mengekang kemaraan Stacy Lewis dan Ryu So–yeon untuk memenangi gelaran Terbuka Wanita Pasifik Kanada dan LPGA kelapan dalam perlawanan penentuan di Vancouver semalam.

Ko dari New Zealand hanya mencatatkan par –72 dalam pusingan akhir di Vancouver Golf Club untuk menamatkan 12 bawah par, membolehkan Lewis untuk mengejarnya selepas pemain dari AS itu membuat 67 pukulan, tetapi Ko bangkit pada lubang pembukaan pada penentuan.

Lewis berdepan dengan masalah di bahagian kiri padang dan tidak dapat menyelamatkan par yang membolehkan Ko mencatatkan putt untuk memenangi gelaran itu untuk kali ketiga, kali pertama sebagai pemain profesional setelah kemenangan berturut–turut 2012-13 sebagai pemain amatur.

“Ia adalah minggu yang menarik. Saya menghasilkan beberapa pukulan naik dan turun di atas sembilan tetapi tidak dapat meneruskannya dan saya tidak dapat membuat pukulan yang hampir,” Ko memberitahu wartawan.

“Jelas Stacy bermain dengan baik dan begitu juga pemain lain, jadi saya tahu saya perlu beraksi dengan konsisten dan ia apa yang cuba saya lakukan.”

Lydia Ko ketika menjulang trofi Terbuka Pasifik Wanita Kanada. - AFP
Lydia Ko ketika menjulang trofi Terbuka Pasifik Wanita Kanada. – AFP

Juara bertahan, Ryu meletakkan tekanan awal dengan menghasilkan bebas bogey 64 untuk menamatkan 11 bawah, terikat di kedudukan ketiga bersama Kim Sei-young dari Korea (68) sebelum Lewis menyainginya.

Ko mencatatkan birdie di lubang ketiga tetapi bogey di lubang kesembilan sebelum mencatatkan sembilan par berturut-turut.

Pemain itu, 28, mencatatkan peluang birdie 10 kaki di lubang ke-17 untuk mendahului selepas kebangkitan keluar dari kedudukan sukar tetapi terlepas di bahagian tinggi.

Selepas pendekatannya kepada 18 berakhir dari lubang, dia menghadapinya dua putt untuk menghasilkan lubang tambahan tetapi hampir melepaskan putt bagi kemenangan.

Kedudukan yang sama pada pusingan penentuan sudah cukup apabila Lewis terlepas 10 foot par.

Pemain remaja dari Kanada, Brooke Henderson, yang memenangi LPGA baru–baru ini, menamatkan empat bawah dalam persaingan bagi kali ke-23 dalam pemburuan menjadi pemenangan Kanada pertama sejak Jocelyne Bourassa memenangi pertandingan itu pada 1973.