Kobe Bryant bersara dari kejohanan All-Star

Kobe Bryant bersara dari kejohanan All-Star

TORONTO, 15 Feb – Kobe Bryant membuat perhentian terbesar dalam jelajah selamat tinggalnya ketika dia beraksi untuk kali terakhir dalam kerjaya cemerlang NBA All-Star Game di mana dia memasyhurkan dirinya sebagai pemain terbaik dalam generasinya.

Bryant, yang berkata sepanjang minggu dia tidak mahu para pemain untuk memberikan tentangan mudah ke atasnya dalam All-Star Game terakhirnya, adalah bayangan pemain yang mendominasi persaingan pertengahan musim NBA beberapa kali sebelum ini, tetapi ia masih lagi pemain yang menjadi tumpuan.

Sebelum perlawanan itu, pemain hebat NBA, Magic Johnson memuji pemain itu, 37, di antara video-video penghormatan yang memperlihatkan sebahagian kerjaya diikuti dengan mesej terima kasih daripada pemain–pemain NBA.

Bryant pada November lalu mengumumkan ini akan menjadi musim terakhirnya dan mendapatkan undian tertinggi bagi kemunculan ke-18 dan terakhir All-Star oleh peminat.

“Saya hanya mahu berterima kasih bagi semua sokongan anda sepanjang tahun ini,” Bryant memberitahu penonton di Toronto dan penonton menerusi televisyen.

Kobe Bryant ketika aksi terakhirnya di perlawanan NBA All-Star di Toronto, Kanada. – Reuters
Kobe Bryant ketika aksi terakhirnya di perlawanan NBA All-Star di Toronto, Kanada. – Reuters

“Saya bernasib baik dapat beraksi dalam perlawanan yang saya sukai dan berada dalam NBA selama lebih dari separuh kehidupan saya.
“Saya berasa bernasib baik untuk berada di sini dalam All-Star Game, terima kasih kerana mengundi saya. Saya berpeluang untuk bersama pemain–pemain muda ini, di mana kali pertama saya bermula beraksi kebanyakan mereka adalah seusia anak saya sekarang.

“Ia dirasakan bagus dapat bercakap kepada mereka mengenai perlawanan dan dapat berkongsi sebahagian pengetahuan di mana saya mempelajari sepanjang kerjaya saya, jadi mereka boleh meneruskan tradisi NBA dan berharap untuk beraksi 20 tahun.”

Bila NBA All-Star pertama diadakan di luar AS, ia dimulakan dengan Bryant menentang LeBron James bagi pembukaan tip. James memenangi tips tetapi kelihatan sengaja menghantarnya kepada pasukan Bryant Western Conference.

Bryant hampir beraksi 15 minit pada separuh masa pertama dan menjaringkan 10 mata, termasuk lewat suku pembukaan yang menarik sorakan orang ramai daripada penonton yang terdiri daripada selebriti termasuk pengarah Spike Lee dan super model Kate Upton.

Pemain veteran 20 tahun NBA itu, yang dengan kebenarannya sendiri minggu ini “sudah tua”, bertahan tanpa mata sepanjang perlawanan.

Perlawanan itu berakhir dengan keputusan 196-173 memihak kepada Western. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA