Kobe Bryant diberi penghormatan

Kobe Bryant diberi penghormatan

LOS ANGELES, 24 Ogos – Juara NBA lima kali, Kobe Bryant akan diberikan penghormatan hari ini dengan majlis yang diadakan di Los Angeles, bandar raya di mana dia telah beraksi selama 20 tahun sepanjang kerjaya profesionalnya.

Sebagai sebahagian majlis penghormatan, yang akan diadakan di dewan bandar raya itu, pegawai–pegawai di selatan bandar California hari ini mengisytiharkan sebagai Hari Kobe Bryant.

‘Ia adalah cara Los Angeles untuk berterima kasih kepadanya bagi dedikasi kecemerlangan, peminat dan seluruh bandar raya itu dan rantau Los Angeles,’ kata ahli majlis, Jose Huizar. ‘Selama 20 tahun, kami semua mendapatkan kebaikan bakat cemerlang dan etika tugas legenda Kobe.”

Gambar fail bertarikh 9 Jun 2016 menunjukkan Kobe Bryant semasa Majlis 2016 AFI Life Achievement Award Gala Tribute to John Williams di Los Angeles. – AP
Gambar fail bertarikh 9 Jun 2016 menunjukkan Kobe Bryant semasa Majlis 2016 AFI Life Achievement Award Gala Tribute to John Williams di Los Angeles. – AP

Bryant membantu Los Angeles Lakers memenangi lima kejohanan NBA, dan dipilih sebagai MVP bagi dua gelaran baru- baru ini.

Dia menjaringkan 33, 643 mata – ketiga terbanyak dalam sejarah liga – di belakang Kareem Abdul-Jabbar (38, 387) dan Karl Malone (36,928).

Bryant adalah MVP liga pada musim 2007-2008 dan dipilih untuk beraksi dalam All- Star Game 18 kali liga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA