Kod merah ditarik balik sekitar Beijing

Kod merah ditarik balik sekitar Beijing

BEIJING, 10 Dis – Langit di sekitar kota raya Beijing kembali normal hari ini dan pihak berkuasa menarik balik kewaspadaan kod merah yang dikuatkuasakan sejak dua hari lepas di tengah-tengah pencemaran yang teruk melanda kawasan tersebut.

Sekolah-sekolah mula dibuka semula dan jalan-jalan raya dibenarkan laluan untuk semua trafik mengikut jadual bermula tengah hari ini, selepas ketibaan angin yang diramalkan berupaya mengubah pergerakan asbut.

Bacaan indeks PM2.5, yang mengukur paras pencemaran udara, adalah pada kira-kira 100 mikrogram per meter kubik, menurun dari hampir 300 sejak beberapa hari lepas, tetapi masih lagi lebih berbanding kadar selamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu maksimum 25.

Sekolah-sekolah ditutup apabila para tertinggi kod merah diisytiharkan Selasa lepas bagi kali pertama sejak sistem kos empat warna dilaksanakan pada 2013, dan trafik dilarang melalui kawasan tertentu di sekitar kota raya Beijing. Sebahagian kilang juga dilaporkan menggantung operasi mereka.

Sekatan tersebut didapati berkesan dalam mengurangkan pencemaran, kata agensi berita negara Xinhua. Kawalan trafik terutamanya membantu, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan demi mengurangkan pembakaran arang baru, ia memetik para saintis sebagai berkata.

Pemandangan sekitar daerah pusat perniagaan di kota Beijing yang sudah agak pulih daripada pencemaran pada jam 7:49 pagi in Beijing pada 10 Disember 2015. – Agensi
Pemandangan sekitar daerah pusat perniagaan di kota Beijing yang sudah agak pulih daripada pencemaran pada jam 7:49 pagi in Beijing pada 10 Disember 2015. – Agensi

Ekonomi China yang sedang mantap bergantung ke atas arang batu bagi 64 peratus tenaga utamanya, tetapi negara itu berusaha sedaya mungkin untuk menghentikan loji tenaganya yang menggunakan arang batu, menurut agensi berita kewangan Bloomberg. – dpa