Koeman, Aguero terbaik Januari

Koeman, Aguero terbaik Januari

LONDON, 5 Feb – Pengurus Southampton, Ronald Koeman (gambar) dinamakan Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Januari, manakala penyerang Manchester City, Sergio Aguero pula dinobatkan Pemain Terbaik.

Ia adalah anugerah bulanan ketiga buat Koeman sejak membimbing kelab itu pada 2014 dan menjadi pengurus pertama kelab yang terkenal dengan jolokan The Saints yang memenanginya sebanyak tiga kali.

Kejayaan pengurus kelahiran Belanda itu membantu Southampton memenangi tiga daripada empat perlawanan pada bulan lalu dengan menewaskan Watford, West Bromwich Albion dan Manchester United antara kunci utama pemilihannya.

Kekalahan tunggalnya pula pada 2 Januari ketika menentang Norwich City. “Saya amat gembira kerana sentiasa bagus untuk memenangi anugerah,” kata Koeman yang berjaya mengatasi pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini, Mauricio Pochettino (Tottenham Hotspur) dan pengendali West Ham United, Slaven Bilic.

“Sudah tentu ia hadiah peribadi, namun ia juga hebat untuk keseluruhan staf teknikal, kesemua pemain, mereka yang berkaitan dengan kelab dan peminat yang kami boleh memenanginya sekali lagi.”

pg20_160206_a

Aguero juga memenangi anugerah sama buat kali ketiga sepanjang kariernya di EPL.

Selepas pulih daripada kecederaan, penyerang Argentina itu meledak lima daripada lapan gol yang dijaringkan City pada Januari dan membantu kelab berkenaan meraih lapan daripada 12 mata yang ditawarkan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA