Koeman timbang tawaran Everton

Koeman timbang tawaran Everton

LONDON, 15 Mei (Agensi) – Ronald Koeman (gambar) akan menimbang tawaran Everton minggu depan selepas memberitahu pemilik, Farhad Moshiri bahawa dia tidak terbabit dalam sebarang rundingan sehingga musim Southampton berakhir.

Namun amat mustahil untuk Koeman meninggalkan The Saints ketika ini susulan kepercayaan ditunjukkan dan hubungan baiknya dengan ketua pembangunan bola sepak, Les Reed.

Bagaimanapun pasti sukar untuk Koeman melepaskan tawaran menarik dibuat Moshiri kerana dia menjanjikan dana perpindahan luar biasa berbanding apa yang boleh ditawarkan Southampton.

Tetapi memandangkan Southampton masih boleh layak ke Liga Europa musim depan, Everton tidak boleh dianggap sebagai langkah yang tepat dalam mengembangkan kerjayanya buat masa ini.

pg20_160516_c

Jelas sekali, sekiranya pasukan Liga Juara-Juara yang mengemukakan tawaran mungkin sukar ditolak Koeman.

Tetapi hakikat The Saints membawanya ke London daripada Feyenoord ketika kelab lain tidak berminat terhadapnya pasti membuat pengendali dari Belanda itu terpaksa berfikir dua kali sebagai membalas jasa kelab.

Koeman mungkin menjadi calon untuk mengambil alih Barcelona apabila Luis Enrique meninggalkan gergasi Catalan itu, malah dia pernah menjadi pemain terbilang di Nou Camp.

Dia juga bakal dipertimbangkan Arsenal sekiranya Arsene Wenger meletakkan jawatan pada 2017.