Kofax pilihan Bank Tokyo-Mitsubishi UFJ

IRVINE, California, 13 Feb – Kofax, penyedia terkemuka perisian untuk meringkaskan dan mentransformasikan First Mile perniagaan, mengumumkan pada hari ini bahawa Bank Tokyo-Mitsubishi UFJ, Ltd, bank perdagangan subsidiari Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc (MUFG), akan menggunakan Kofax Kapow dan platform Kofax TotalAgilit untuk mengautomasikan tugas manual dan mencapai transformasi digital.

Bank tersebut yang merupakan pelanggan Kofax selama lima tahun akan menggunakan Kapow dan TotalAgility untuk menggantikan sistem manual lama dan mengautomasikan lebih daripada 2,000 proses perniagaan merentasi semua fungsi dalam bank tersebut, yang membolehkan pekerja menjadi lebih produktif dan meningkatkan prestasi keseluruhan.

Kofax Kapow ialah platform automasi proses robotik (RPA) yang mengautomatikkan proses perniagaan menggunakan robot perisian pintar, membantu lebih daripada 550 syarikat, penyedia BPO dan organisasi perkhidmatan perkongsian di seluruh dunia untuk memperoleh manfaat daripada kualiti, kelajuan dan penjimatan kos operasi.

Kapow meniru tindakan manusia untuk mengautomasikan pelbagai tugas manual dan berulang serta mendorong peningkatan berterusan. – Bernama