Kolam air hijau selamat untuk atlet – FINA

Kolam air hijau selamat untuk atlet – FINA

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Jawatankuasa penganjur acara terjun Sukan Olimpik mendakwa mereka sudah menyelesaikan masalah warna air di kolam terjun temasya itu yang bertukar hijau namun masih kekal sehingga ke hari ini.

Sementara badan induk dunia, Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) menegaskan perubahan warna air kolam itu tidak akan mengancam keselamatan atlet dan penerjun, tetapi pakar kualiti air bebas skeptikal terhadap apa yang berlaku.

FINA berkata, perubahan warna daripada biru kepada hijau itu yang menyebabkan pasangan atlet tidak dapat melihat dengan jelas sesama sendiri ketika memasuki kolam disebabkan tangki air di kolam itu ‘kehabisan beberapa bahan kimia’ yang diperlukan dalam proses merawat air.

Kolam polo air di venue sama yang sebelum ini kekal berwarna biru jernih kini pula sedang mengalami perubahan ke arah hijau seperti yang berlaku di kolam terjun.

pg23_160812_olympic logo

Air berwarna kehijauan kelihatan di Pusat Akuatik Maria Lenk di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP
Air berwarna kehijauan kelihatan di Pusat Akuatik Maria Lenk di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

“Berikutan tahap pH air yang di luar daripada julat biasa, menyebabkan perubahan warna,” kata FINA.

“Jawatankuasa Perubatan Sukan FINA melakukan ujian terhadap kualiti air dan membuat kesimpulan yang tiada risiko terhadap keselamatan dan kesihatan atlet serta tiada alasan bagi kejohanan itu terganggu,” Jurucakap Rio, Mario Andrada menekankan ‘air akan berubah warna ke biru mulai sekarang’ selepas pakar air melakukan beberapa siri ujian.

Bahan kimia yang dikatakan pegawai itu dikatakan merujuk kepada disinfektan menurut pakar air, Ralph Riley, Kumpulan Penasihat Rawatan Air Kolam Renang berpangkalan di London.

“Jika ia bertukar hijau dan ia adalah kerana tidak mempunyai cukup disinfektan yang bakal menyebabkan beberapa risiko,” kata Riley kepada USA TODAY menerusi telefon sebelum pengumuman FINA. – Agensi