Kolam polo pula bertukar hijau

Kolam polo pula bertukar hijau

RIO DE JANEIRO, 12 Ogos – Atlet polo air mengadu klorin menyebabkan mata mereka pedih selepas kolam pertandingan di Olimpik Rio menjadi kolam kedua yang berubah ke warna hijau dan pegawai bertanggungjawab berkata masalah itu akan diselesaikan.

Pemain Amerika Syarikat, Tony Azvedo mengadu dia hampir tidak boleh membuka matanya pada suku terakhir perlawanan ketika pasukannya menentang Perancis dan penganjur kini terdesak untuk menukar air kembali ke warna biru.

Selepas kolam terjun bertukar daripada warna biru ke hijau disebabkan sistem pembersihan yang kehabisan bahan kimia, kolam polo air juga mengalami masalah sama. “Apa yang lebih mengarut adalah bukan mengenai air berwarna hijau. Saya sudah banyak kali bertanding dalam kolam berwarna hijau.

“Masalah sekarang adalah mereka meletakkan terlalu banyak klorin. Saya hampir tidak boleh membuka mata pada suku terakhir,” kata Azvedo, hari ini.

pg23_160813_olympic logo

Pemain Brazil meraikan kemenangan mereka semasa perlawanan peringkat saringan dalam acara polo air lelaki menentang Serbia pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP
Pemain Brazil meraikan kemenangan mereka semasa perlawanan peringkat saringan dalam acara polo air lelaki menentang Serbia pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

“Siapa peduli mengenai air berwarna hijau? Air kolam boleh menjadi warna apa pun, tak menjadi masalah.

“Apa yang penting adalah ia selamat. Ini adalah Sukan Olimpik dan mereka meletakkan terlalu banyak klorin di dalam air yang orang ramai tidak boleh nampak. Anda tidak boleh lakukan itu,” katanya.

Penganjur bagaimanapun menegaskan ia ‘sudah pasti tidak mendatangkan risiko’ kepada atlet dan berkata air itu akan kembali ke keadaan asal apabila rawatan kimia diteruskan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA