Kolej Al-Quran Terengganu beroperasi Januari 2016

Kolej Al-Quran Terengganu beroperasi Januari 2016

KUALA TERENGGANU, 14 Dis (Bernama) – Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) akan memulakan operasinya dengan status institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf kolej pada 1 Jan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata serentak itu, KQT akan menawarkan dua kursus pengajian di peringkat diploma setelah berjaya memperoleh kelulusan Perakuan Pendaftaran Kolej Yayasan Terengganu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada November lalu.

“Kelulusan mengendalikan dua kursus pengajian iaitu kursus Diploma Tahfiz dan Qiraat serta Diploma Tahfiz dan Bahasa Arab itu diperoleh daripada KPM sejurus mendapat perakuan memenuhi keperluan kualiti daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

ARTIKEL YANG SAMA