Kolej Laksamana anjur larian amal

Kolej Laksamana anjur larian amal

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Kolej Perniagaan Laksamana buat julung-julung kalinya akan mengadakan larian dan karnival amal pada 14 Jun depan.

Pada acara itu nanti akan menyaksikan penyampaian sumbangan kutipan derma kepada Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) sebagai acara kemuncaknya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, acara bertema “Kami Prihatin Masa Depan Awda” ini diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-12 tahun penubuhan kolej berkenaan. Antara objektif karnival dan bazar yang bakal berlangsung adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat, sekali gus menjadi platform mengetengahkan usahawan dan syarikat tempatan untuk menampilkan produk masing-masing.

Pengurus projek dan ketua jawatankuasa acara itu memegang beberapa jenis baju kemeja t yang bakal digunakan pada acara larian amal itu nanti.
Pengurus projek dan ketua jawatankuasa acara itu memegang beberapa jenis baju kemeja t yang bakal digunakan pada acara larian amal itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA