Koleksi artifak jutawan AS dilelong

Koleksi artifak jutawan AS dilelong

PARIS, 7 Mac (AFP) – Koleksi artifak Christopher Forbes, jutawan AS yang juga peminat Perancis, dari kehidupan Napolean III dan sijil perkahwinan Napolean Bonaparte dilelong pada hujung minggu, yang menarik minat beberapa orang pembeli dan muzium, pusat lelong Perancis Osenat berkata semalam.

‘Sebanyak 99 peratus’ koleksi – yang termasuklah kira-kira 1,300 keping surat dan manuskrip, dan lebih 500 buah lukisan – dijual ketika lelong selama dua hari, menurut Osenat.

“Empat puluh lot telah dibeli atau diperoleh terlebih dahulu” oleh pihak muzium, termasuklah Musee d’Orsay di Paris, muzium berhampiran Muzium Negara Legion of Honour dan Arkib Negara. Kerajaan Perancis ‘berhak memperoleh terlebih dahulu’ yang membolehkannya untuk membeli barangan yang dianggap seharusnya berada di Perancis.

Antara barangan terkenal lain yang dilelong termasuklah lukisan Maharani Eugenie yang kelilingi oleh dayang-dayang yang menanti, yang terjual 161,400 euro.

Dua potret besar Napolean III dan maharani oleh pelukis Jerman Franz Xaver Winterhalter dijual 96,205 euro.

Barangan peribadi keluarga imperial juga dilelong, dengan pakaian mahkamah yang pernah dipakai oleh Napoleon III dijual dengan harga 9,756 euro.

Forbes, yang kerap hadir pada jualan lelong eksklusif, boleh saja menjual koleksi itu di New York atau London, tetapi sebaliknya memilih pusat lelong Osenat yang pakar dalam Empayar Pertama dan Kedua Perancis.

ARTIKEL YANG SAMA