Koleksi seni ketua mafia dipamerkan

Koleksi seni ketua mafia dipamerkan

REGGIO CALABRIA, 10 Mei (AFP) – Koleksi seni berharga seorang ketua mafia, yang telah dirampas oleh polis Itali, dipamerkan di Calabria dalam satu pameran yang dianggap sebagai ‘ kemenangan negara’ ke atas jenayah terancang.

Dua lukisan karya pelukis Sepanyol, Salvador Dali yang dipaparkan dalam koleksi 125 karya telah dirampas dari ahli perniagaan gengster Gioacchino Campolo, yang digelar “King of Videopoker , selepas mengumpul kekayaan banyak dengan menjalankan mesin selit yang telah diubah.

“Hari ini kita boleh mengatakan kerajaan telah menang,” Eduardo Lamberti Castronuovo, pegawai kebudayaan dan kesahan di Reggio Calabria, memberitahu AFP.

Pameran From Shadow to Lights,” telah dirasmikan Sabtu lalu di bangunan mengagumkan bandar itu Palace of Culture yang mengagumkan, sebuah rumah anak yatim 1920an yang diubahsuai, yang memaparkan karya Dali “Fuente de Vida” dan “Giulietta e Romeo” dan juga karya oleh pelukis Antonio Ligabue dan pelukis Arte Povera, Lucio Fontana.

Lukisan-lukisan itu dirampas pada tahun 2010 dari Campolo, yang dituduh membantu membiayai kumpulan jenayah terancang yang berpengaruh “Ndrangheta” di tempat kelahirannya, Calabria dan didapati bersalah dalam tahun 2011 kerana perkaitan jenayah, makan riba dan peras ugut.

Koleksi berharga ketua mafia Sepanyol dipamerkan dalam satu pameran. – AFP
Koleksi berharga ketua mafia Sepanyol dipamerkan dalam satu pameran. – AFP

Campolo, 77 tahun yang terbatas pergerakannya dengan kerusi roda, sedang menjalani hukuman penjara 16 tahun di bawah tahanan dalam rumah memandangkan usia dan kesihatannya.

“Dia mempunyai aset bernilai 320 juta euro. Dia memiliki rumah di Paris, Rome dan di seluruh Reggio Calabria,” kata Lamberti Castronuovo.

“Ndrangheta’, yang namanya datangnya dari bahasa Greece bererti berani disifatkan oleh pihak polis Itali sebagai sindiket jenayah paling aktif, terkaya dan paling berpengaruh di Eropah.

Dengan pusing ganti berbilion-bilion euro setahun, ia terutamanya terkenal dengan perdagangan dadah dan kontrak pembinaan yang korup.

Campolo adalah wakil perniagaan bagi keluarga mafia De Stefano yang berpengaruh – beberapa anggotanya yang dipaparkan dalam senarai orang pelarian yang paling dikehendaki di Itali dan dia menambah koleksinya sebagai cara untuk melaburkan wang haram hasil dari empayar mesin selit.

ARTIKEL YANG SAMA