Koleksi terbaru Royal Insignia

Koleksi terbaru Royal Insignia

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Butik perhiasan dan barangan kemas mewah, Royal Insignia, telah melancarkan koleksi terbaru mereka Flora & Fauna dalam majlis eksklusif yang berlangsung di butiknya di Hotel Empire & Country Club, baru-baru ini.

Koleksi terbaru ini yang diinspirasikan daripada diversiti dan warna-warni alam semula jadi, menampilkan reka bentuk bunga-bungaan yang dihiasi dengan batu-batu berharga.

Tarikan utama dalam koleksi ini adalah set rantai emas bunga ros 18 karat bertatahkan 648 batu nilam merah jambu dan 174 batu delima. Setiap batu berharga itu dipilih dengan teliti dan digabungkan supaya menyerupai kesempurnaan alam semula jadi.

Sementara itu, cincin dua jari Daisy dalam koleksi ini pula bertatahkan berlian yang direka cantik bagi menampilkan ciri-ciri elegan dan tersendiri.

Jill Lowe semasa menyampaikan taklimat.
Jill Lowe semasa menyampaikan taklimat.
Para jemputan khas yang menghadiri pelancaran bagi koleksi baru itu.
Para jemputan khas yang menghadiri pelancaran bagi koleksi baru itu.
Koleksi cincin terbaru di Butik Royal Insignia.
Koleksi cincin terbaru di Butik Royal Insignia.
Antara perhiasan dan barang kemas yang dijual di Royal Insignia.
Antara perhiasan dan barang kemas yang dijual di Royal Insignia.
Koleksi Flora & Fauna yang baru dilancarkan.
Koleksi Flora & Fauna yang baru dilancarkan.
Set rantai emas bunga ros 18 karat bertatahkan 648 batu nilam merah jambu dan 174 batu delima.
Set rantai emas bunga ros 18 karat bertatahkan 648 batu nilam merah jambu dan 174 batu delima.

Koleksi baru ini juga termasuk satu seleksi cincin yang boleh ditukar menjadi loket dan kerongsang.

Majlis itu turut menampilkan konsultan dari Singapura, Jill Lowe, yang telah menyampaikan sebuah taklimat mengenai dengan cara-cara pemilihan perhiasan yang bersesuaian mengikut warna kulit, di samping cara-cara memilih bentuk perhiasan yang boleh menampilkan kecantikan rupa para pelanggan.