Kolera ragut nyawa lebih 300 orang di Tanzania

Kolera ragut nyawa lebih 300 orang di Tanzania

ARUSHA, Tanzania, 5 April (Bernama) – Kolera atau taun telah meragut 320 nyawa dan menjangkiti lebih 200,000 orang di Tanzania sejak wabak itu tercetus pada Ogos tahun lepas, lapor agensi berita China, Xinhua, yang memetik menteri kesihatan negara itu sebagai berkata pada Isnin.

Ummy Mwalimu, yang bimbang dengan peningkatan kes taun, menyifatkan penularan wabak itu ketika ini sebagai “yang terburuk sejak 1978.”

Di seluruh tanah besar Tanzania, 23 daripada 25 wilayah pentadbiran mencatat kes taun.

ARTIKEL YANG SAMA