Kolonel Korea U berpaling tadah ke Korea S

Kolonel Korea U berpaling tadah ke Korea S

SEOUL, 11 April (AFP) – Korea Selatan hari ini berkata seorang kolonel Korea Utara yang bertanggung jawab bagi operasi mengintip telah berpaling tadah ke Korea Selatan, satu langkah luar biasa oleh seorang pegawai tentera kanan seumpamanya.

Kolonel tentera itu telah mengendalikan pengintipan yang disasarkan kepada Korea Selatan di Biro Umum Peninjauan Korea Utara sebelum tiba di Seoul tahun lalu, lapor agensi berita Yonhap, Korea Selatan.

Jurucakap kementerian pertahanan dan Penyatuan di Seoul mengesahkan laporan itu tetapi enggan memberikan butiran seperti nama pegawai dan tarikh sebenar berpaling tadah itu.

“Dia adalah pegawai tertinggi tentera yang pernah berpaling tadah ke Korea Selatan,” menurut pegawai kerajaan yang dipetik sebagai berkata oleh Yonhap.

Pegawai itu dipercayai telah memberikan butiran tentera operasi biro itu terhadap Korea Selatan kepada pihak berkuasa di Seoul, menurut pegawai yang tidak didedahkan identitinya.

Berita itu muncul beberapa hari selepas Seoul mengumumkan bahawa sekumpulan 13 orang pekerja Korea Utara yang bekerja di restoran kerajaan di luar negara telah lari ke Korea Selatan dalam tindakan berpaling tadah.

ARTIKEL YANG SAMA