Koloni Iguana merah jambu terselamat daripada lahar

Koloni Iguana merah jambu terselamat daripada lahar

QUITO, 29 Mei (dpa) – Iguana merah jambu yang merupakan satu-satunya koloni di dunia, telah terselamat daripada lahar yang mengalir dari gunung berapi Wolf di kepulauan Pulau Galapagos, Taman Negara Galapagos mengesahkan semalam.

Gunung berapi meletus pada Isnin, membawa lahar turun dari cerun selatan pergunungan Pulau Isabela. Ia nyaris-nyaris menghampiri koloni iguana itu kira-kira enam kilometer, menurut pegawai taman.

Bagaimanapun, letusan itu menjejaskan beberapa ekor cicak dan ular. Tidak ada manusia dalam bahaya.

Iguana merah jambu hidup dengan lebih banyak di tepi utara gunung berapi. Iguana kuning dan kura-kura gergasi juga tinggal di tepi utara.

Gunung berapi setinggi 1,707 meter, kali terakhir meletus pada 1982, puncak tertinggi kepulauan Galapagos. Jauhnya kira-kira 115km dari selatan bandar berhampiran, Puerto Villamil.

Pulau Galapagos terletak di Lautan Pasifik kira-kira 1,000km luar pantai Ecuador. Ia telah dinamakan sebagai Tapak Kebudayaan Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1978.

Kebanyakan spesies haiwan dan tanaman ditemui di beberapa rentetan pulau itu.