Koma akibat letupan

Koma akibat letupan

SANDAKAN, 24 Sept (Bernama) – Seorang mangsa dilapor koma akibat letupan yang berlaku pada sebuah kapal tangki minyak yang sedang dibaiki di sebuah bengkel di Jalan Lai Fook Kim, Batu 8 dekat sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Ray Sunadi, 35, yang bekerja sebagai jurukimpal yang dilapor turut membaiki kapal tersebut dalam kejadian kira-kira 1.35 tengah hari.

Seorang lagi mangsa Amram Adisa, 35, yang juga bekerja sebagai jurukimpal dilapor melecur teruk.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andeww berkata Ray kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Duchess of Kent di sini sementara Amram dilapor berada dalam keadaan stabil.

Seorang lagi iaitu Adil Adisa, 15, dilapor rentung.

Mereka dilapor sedang membaiki boiler kapal berkenaan.