Komander AS mohon maaf atas pengeboman hospital di Afghan

Komander AS mohon maaf atas pengeboman hospital di Afghan

KUNDUZ, Afghanistan, 23 Mac (Reuters) – Panglima tentera Amerika Syarikat dan NATO yang baru di Afghanistan kelmarin memohon maaf atas pengeboman hospital oleh pihak Amerika pada tahun lalu yang mengorbankan 42 orang dan mencederakan 37 yang lain.

Jeneral John W. Nicholson bertemu ahli keluarga mangsa dan kakitangan hospital Medecins Sans Frontieres di Kunduz yang kini ditutup, dimana telah dirampas oleh pemberontak Taliban selama beberapa hari pada tahun lepas, untuk menyatakan ucapan takziah.

“Sebagai komander, saya mahu datang ke Kunduz secara peribadi dan berdiri di hadapan keluarga, dan rakyat Kunduz, memohon maaf secara mendalam atas peristiwa itu” yang membawa kepada pengeboman, kata Nicholson.

“Saya merasa sedih dengan anda atas kerugian dan penderitaan anda, dan dengan rendah hati dan hormat meminta ampun anda,” tambah Nicholson.

Jeneral John W. Nicholson duduk semasa lawatan beliau dari wilayah Kunduz, Afghanistan. – Reuters
Jeneral John W. Nicholson duduk semasa lawatan beliau dari wilayah Kunduz, Afghanistan. – Reuters

Siasatan AS mendapati bahawa serangan udara pada 3 Oktober itu adalah kejadian ‘tragis dan dapat dielakkan’, ia berpunca disebabkan oleh kesilapan manusia. Tentera AS telah mengenakan tindakan disiplin kepada lebih daripada belasan kakitangan, termasuk pegawai-pegawai berikutun dengan serangan itu.

MSF, yang dikenali sebagai Doktor Tanpa Sempadan dalam bahasa Inggeris, mempunyai keraguan terhadap kenyataan kepada umum pada masa lalu itu yang mengatakan serangan itu adalah satu kesilapan.

Penawanan ringkas wilayah ibu kota wilayah Kunduz boleh dikatakan kemenangan terbesar bagi militan Taliban dalam peperangan 15 tahun sejak ia digulingkan oleh tentera AS yang diterajui pada akhir tahun 2001.

Pasukan keselamatan Afghanistan, yang mengalami beberapa rekod kematian tahun lepas, telah bergelut untuk membendung militan Taliban yang berjuang untuk menggulingkan kerajaan Presiden Ashraf Ghani.

ARTIKEL YANG SAMA