Komander Saudi, pegawai UAE terbunuh dalam perang Yaman

Komander Saudi, pegawai UAE terbunuh dalam perang Yaman

RIYADH, 14 Dis (AFP) – Seorang komander tertinggi Saudi dan seorang pegawai Emiriah terbunuh hari ini semasa operasi gabungan Arab menentang pemberontak yang disokong Iran di Yaman, umum perikatan yang diketuai Riyadh dalam satu kenyataan.

Kolonel Saudi, Abdullah al-Shayan dan pegawai Emiriah, Sultan al-Kitbi terbunuh pada subuh hari ini ‘semasa mereka menjalankan tugas dalam menyelia operasi untuk membebaskan wilayah Taez di barat daya Yaman, menurut agensi berita rasmi SPA.

Seorang pegawai Yaman memberitahu AFP yang kedua-dua pegawai telah terbunuh apabila pemberontak menembakkan roket ke arah jalan pantai di wilayah strategik, yang tidak jauh dari Semenanjung Bab al-Mandab antara Laut Merah dan Teluk Aden.

Gabungan yang diketuai Saudi itu telah berjuang menentang pemberontak sokongan Iran di Yaman sejak Mac, dan menyediakan pasukan setia dengan tentera dan peralatan serta melaksanakan serangan ke atas kedudukan pemberontak.

Gambar fail yang diambil pada 12 Disember di Aden, menunjukkan Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi (kanan) ketika berjabat tangan dengan Kolonel Saudi, Abdullah al-Shayan selepas beliau dianugerahkan pingat keberanian. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 12 Disember di Aden, menunjukkan Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi (kanan) ketika berjabat tangan dengan Kolonel Saudi, Abdullah al-Shayan selepas beliau dianugerahkan pingat keberanian. – AFP

Sahyan pada Sabtu bertemu Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi yang menganugerahkannya pingat keberanian, menurut laman web rasmi Yaman, sabanews.net.

Dia dikenal pasti sebagai komander pasukan Saudi di wilayah bandar Aden, tempat Hadi berpangkalan.

Emiriah Arab Bersatu, memainkan peranan penting dalam gabungan diketuai Saudi, mengesahkan kematian pegawainya tanpa memberitahu kedudukannya.

Pada awal September, serangan peluru berpandu pemberontak di pangkalan gabungan di wilayah Marib timur Yaman membunuh 67 askar gabungan, kebanyakannya warga Emiriah.

ARTIKEL YANG SAMA