Tali barut Taliban bunuh 10 polis Afghan

Tali barut Taliban bunuh 10 polis Afghan

KANDAHAR, Afghanistan, 26 Jan – Seorang penyangak polis Afghan telah memberi dadah dan kemudian menembak mati 10 rakannya di selatan negara itu awal hari ini, menurut pegawai, serangan kedua daripada orang dalam ke atas polis hanya selang seminggu.

Tali barut Taliban itu kemudian mencuri senjata mereka dan melarikan diri dari pos kawalan polis di wilayah Uruzgan daerah Chinarto, kata pihak berkuasa, mencetuskan usaha pemburuan.

Serangan itu berlaku selepas tengah malam adalah sebahagian daripada kempen keganasan Taliban seluruh negara pada musim sejuk meskipun tekanan memuncak bagi memulakan semula rundingan damai rasmi.

“Siasatan kami menunjukkan yang anggota polis ini bekerjasama dengan Taliban, memberi rakan-rakannya dadah dan membunuh mereka ketika mereka tidak sedar,” Dost Mohammad Nayab, jurucakap gabenor Uruzgan memberitahu AFP.

Timbalan ketua polis wilayah, Rahimullah Khan mengesahkan kejadian itu dan mengatakan operasi mengesan pembunuhnya telah dilancarkan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujadhid, memberi laporan berbeza, mengatakan sembilan anggota polis terbunuh selepas militan menawan pos kawalan polis di Chinarto. Serangan orang dalam yang digelar – apabila tentera Afghanistan atau polis menembak rakan mereka atau tentera antarabangsa – yang menjadi masalah besar semasa pertempuran lama NATO di samping pasukan Afghanistan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA