Komander Taliban terbunuh, 5 pejuang ditangkap

Komander Taliban terbunuh, 5 pejuang ditangkap

FAIZABAD, Afghanistan, 4 Mei (Xinhua) – Tentera Afghanistan telah membunuh seorang komander kumpulan Taliban dan menawan lima pejuangnya di daerah Arghestan wilayah utara Badakhshan awal hari ini, menurut seorang jurucakap tentera di wilayah itu, Abdul Khalil.

“Bertindak atas laporan perisikan, satu unit tentera negara melancarkan serangan hendap terhadap kumpulan militan Taliban di kampung Dahan-e-Dara daerah Raghestan awal pagi hari ini, membunuh seorang komander kumpulan Qari Samihullah di tempat kejadian dan menawan lima militan, “Khalil memberitahu Xinhua.

ARTIKEL YANG SAMA