Komando didakwa miliki kameja-T pengganas IS

Komando didakwa miliki kameja-T pengganas IS

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) – Seorang anggota komando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sehelai kemeja-T yang mempunyai simbol berkaitan dengan kumpulan pengganas IS.

Tertuduh, Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar, 29, minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Hakim menetapkan 9 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh yang berkhidmat di Kem Sungai Udang, Melaka, dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota, pada kira-kira 01:30 tengah hari, 12 Nov tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, dan boleh dilucut hak bagi mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL YANG SAMA